Wednesday, 21 September 2011

Selamat Datang NukilanKu...hehe

      Assalamualaikum w.b.t semua(bia takdop orang pun)....
               Pada hari ini,hari rabu...21 september 2011..maka lahir la sebuah blog lagi daripada jutaan blog di Malaysia ni.NUKILANKU.Tajuk pelik macam tuannya jugak la.Malu pulak rasanya baru buat blog nih,pelajar IT tapi baru nak merangkak masuk dunia blog..tapi setiap pelajat IT kena ada blog ker?tak kan..saje nak ikut orang.hihi..Oleh tu,beri la tunjuk ajar pada diri ini..banyak lagi tak tahu pasal nak handle blog ni..biasala kan,awal-awal memang camni,lama-lama expert la..mungkin jadi bosan pulak nanti..hihiii..
          Alhamdulillah harini baru saja habis present projek Latihan Praktikal.Terus terang cakap aku ni bukan pelajar pintar,banyak lagi kena belaja nak bersaing dengan para cendekiawan di IPT sana..Sekarang aku dah graduate.Dapatla ilmu sikit berbanding masa mula-mula masuk U dulu,macam budak tadika ada gak.semua tak tahu..Lepas ni Cuti 5 bulan,lama turr.....selain mencari kerja diluar sana akan ku penuhi juga dengan masa yang bermanfaat,mencari ilmu-ilmu berguna..khususnya ilmu akhirat bagi memantapkan sahsiah,iman dan amal diri ini yang semakin pudar dibuai oleh suasana dunia yang melalaikan..aku memohon keampunan dari Allah yang maha besar.Ingat la kata-kat ini,Gunakan waktumu untuk agama,jika tidak waktu
pun akan habis tapi bukan untuk agama(Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan )

   Malam ini juga aku terpaksa merelakan pemeregiaan handphone aku yang dah lame bersama aku selama ni..memang sedih jugak la.Handphoneku 'syahid' di Dungun.Mungkin tertinggal kat CC,sebab tu la tempat terakhir aku lewati sebelom balik rumah sewa kawan..Apabila kesana tidak ketemu jua,tanya Tuan CC,dia cakap tak nampak.Dia cuba tolong miscol no aku.Walaupun kedengaran tut... tut.. tapi tak dengar pun ringtones.padahal aku tak silent pun sebelom ni..Mungkin ada orang ambik dan silentkan.hmm.Aku tak nak tuduh budak-budak kat CC tu yang curi tapi camtu la terpaksa biarkan saja..REDHA.Puas ku cari,di kedai makan,di rumah sewa kawan tapi masih belum ketemu.Sebenarnya aku terpaksa menerima hakikat bahawa ini la hari aku akan kehilangan handphone aku untuk selama-lamanya.Ya!!..Untuk selama-lamanya.Handphone tu banyak berjasa dengan aku.Selalu kejutkan aku solat subuh.NOKIA2600C.Terima ketentuan,setiap pertemua pasti ada perpisahan..cewah...isk3..
  ok la cukup sampai disini,sedih.. 
Apa-apa pun... 
     Selamat datang blog "NUKILANKU"..

No comments:

Post a Comment