Thursday, 29 September 2011

Merantau untuk Islahkan Diri...........

      Waktu panjang yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan dunia dan akhirat sana.Peluang seperti ini la digunakan untuk mempelajari ilmu-ilmu agama lebih mendalam lagi.Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,masa ibarat pedang,masa itu emas.Itu lah ungkapan yang kita biasa dengar sebelum ni,menunjukkan betapa pentingnya pengunaan masa.masa tidak akan diputar kembali..ia akan terus berjalan dan terus berlalu.Orang-orang yang betul-betul menghargai masa saja tidak akan tergolong dalam manusia yang rugi seperti yang dinyatakan didalam surah an-nas itu.,mari la kita sama-sama muhasabah diri.Jangan gunakan masa dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada masa depan kita,yang boleh menhancurkan iman kita.Insyaallah pada minggu depan bermula la kembaraku mencari bekalan ilmu yang kurang sebelum ini.Ilmu yang sedikit diharap dapat merubah diri menjadi lebih dekat denganNya.Tak kisah la diri ini akan ditakdirkan dihantar dimana,hanya harap dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakat disana.Yang penting redha Allah yang dicari.Semua yang dilakukan ikhlas kerana Allah.mudah-mudahan.Gunakan waktu itu dengan sebaik-baiknya.Semoga iman dan amal dapat diperbaiki apabila belajar ditempat orang.Belaja untuk ISLAH DIRI..doakan ana


        Kehidupan kita terlalu banyak angan-angan,impian,cita-cita dan kehendak..sehingga kita lupakan kehidupan akhirat kita,kita lupa tentang kematian kita.Jika direnung sangat sedikit amalan kita,sangat sedikit ibadah kita,sangat sedikit masa diberi untuk Allah berbanding kehidupan dunia kita.kehidupan akhirat tiada penghujung.Bagi mukmin yang benar-benar mensyukuri nikmat dan kasih sayang Allah,timbul rasa rindu dan ghairah bertemu dengan sang Pencipta,Rasulluah dan sahabat,termaksud teman-teman rapat yang telah pergi mendahului kita.semoga Allah terima kita semua.Amin ya Rab al-alamin.


Apalah erti dunia bagiku,hubunganku dengan dunia ini bagai seorang perantau yang sedang berjalan dibawah panas terik matahari.Tiba-tiba kelihatan olehnya sebatang pokok lalu dia berteduh sejenak dibawah bayangan teduhannya.Sesaat kemudian,dia pun akan berlalu pergi tinggalkan tempat itu..(HR Ibn Majah)

Dunia ini sekejap sangat jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat kita disana nanti.Janganlah kita tertipu dengan perhiasan dunia,suasana dunia yang saban hari penuh dengan dugaan dan hasutan syaitan..kata orang dunia ibarat syurga bagi orang fasik dan penjara bagi orang mukmin.Dunia ini tiada nilainya.Terdapat dalam satu hadis mengatakan sekirangnya dunia ini bernilai disisi Allah sebelah sayap nyamuk sekalipun,nescaya Allah akan haramkan orang-orang kafir daripada meminum air di dunia ini walaupun setitik.Wallahualam..
sekian sahaja entri ana pada kali ini,jika diizinkan Allah kita bersua kembali.maaf jika ada terkasar ayat,semua yang baik datangnnya dari Allah,apa yang lemah itu dari diri saya sendiri..wassalam


No comments:

Post a Comment